Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina).. Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta. Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Blue Ribbon Campaign Audit

09 December 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini merupakan program kedua yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan daerah Kuala Pilah bagi memberi latihan kepada staff-staff perubatan daerah Kuala Pilah mengenai aplikasi dibawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia... teruskan membaca

Blue Ribbon Campaign Audit

25 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah dipilih sebagai calon Pensijilan Blue Ribbon bagi daerah Kuala Pilah dibawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami warga... teruskan membaca

Program Kenali Pi1M Bersama JKKK

15 & 22 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program Kenali Pi1M bersama JKKK merupakan perjumpaan rasmi pertama yang dianjurkan oleh petugas-petugas Pi1M Kg Gentam bersama JKKK Kg Gentam dan... teruskan membaca

Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN 2.0 Peringkat Daerah Kuala Pilah

03 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2015, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah diadakan Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN 2.0 peringkat daerah Kuala Pilah anjuran... teruskan membaca

Program Explore Klik Dengan Bijak (KDB)

25 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan inisiatif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan bagi membudayakan penggunaan internet... teruskan membaca

Aktiviti Gotong Royong

27 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lalu, pihak pengurusan Pi1M Kg Gentam telah mengadakan aktiviti gotong royong bersama ahli-ahli bagi tujuan ... teruskan membaca

Sambutan Bulan Kemerdekaan

28 - 30 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-58, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi meraikan sambutan bulan kemerdekaan... teruskan membaca

Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN Daerah Kuala Pilah

10 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN dengan kerjasama Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan ini bertujuan untuk memberi latihan... teruskan membaca

Jamuan Hari Raya Pi1M Kg Gentam

26 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah mengadakan aktiviti jamuan Hari Raya bagi meraikan ahli-ahli yang telah... teruskan membaca

Program Celik IT Kanak-kanak

29 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Mei 2015 iaitu pada hari jumaat, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gentam telah menganjurkan sebuah aktiviti iaitu Program Celik IT kanak-kanak bersama para pelajar Tadika... teruskan membaca

lagi berita & aktiviti